Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Pdrm Semarakkan Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Bukit Aman 1447h 2025m

Diterbitkan: 12 Sep 2025 6.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 September 2025 – Warga kerja Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hari ini menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Bukit Aman 1447H/2025M yang berlangsung penuh meriah di Masjid Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-pdrm-semarakkan-sambutan-maulidur-rasul-saw-peringkat-bukit-aman-1447h-2025m
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT
Kuala Lumpur, 12 September 2025 – Warga kerja Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hari ini menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Bukit Aman 1447H/2025M yang berlangsung penuh meriah di Masjid Bukit Aman.

Ketibaan Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose telah disambut oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Sambutan Maulidur Rasul SAW ini telah dianjurkan oleh Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang diketuai oleh Pengarah JIPS, CP Dato’ Hj. Hamzah Hj. Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman.

Acara dimulakan dengan alunan bacaan selawat yang membangkitkan rasa cinta dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mengangkat tema “Membangun Ummah Madani”, program turut diserikan dengan persembahan Qasidah oleh kumpulan Al-Hawariyun sebelum sesi ceramah khas disampaikan oleh Naib Canselor merangkap Ketua Eksekutif Universiti Islam Selangor, Dato’ Profesor Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah, bertajuk “Bangkit Berkhidmat, Warisi Semangat Baginda Nabi SAW”

Majlis yang diadakan turut meraikan kejayaan Kontinjen PDRM yang sekali lagi dinobatkan sebagai juara perarakan Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan tahun 2025. Kemenangan ini menambah rekod cemerlang PDRM selaku juara tiga kali iaitu pada tahun 2019, 2023 dan 2025 selain turut menggenggam kejuaraan peringkat Wilayah pada tahun 2022.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah serta ahli-ahli PERKEP.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 6 people, hospital and text

May be an image of 3 people, dais, hospital and text

May be an image of 6 people and text


ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2025 6.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM