Warga Nigeria Dalangi Sindiket Parcel Diberkas
Kuala
Lumpur, 16 Ogos - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan membabitkan
warga Nigeria dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Maharajalela di
sini semalam.
Ketua
Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata dalam serbuan
pukul 10 pagi itu polis memberkas empat lelaki Nigeria dan seorang
wanita tempatan yang dipercayai aktif menipu menggunakan helah bungkusan hadiah.
Kes
terbongkar susulan laporan polis oleh seorang pelajar wanita yang
curiga selepas kenalan lelaki yang dikenali menerusi laman sosial
Facebook sejak awal tahun ini memintanya membayar sejumlah wang bagi
'melepaskan' bungkusan hadiah untuknya yang ditahan oleh Jabatan
Imigresen.
"Suspek
memberitahu mangsa yang dia membawa hadiah istimewa tetapi ditahan oleh
pihak imigresen dan untuk melepaskan hadiah itu mangsa diarah membayar
RM1,630 ke dalam akaun milik seorang wanita.
"Bagaimanapun
selepas mendepositkan duit itu suspek meminta lebih banyak wang, sekali
gus menimbulkan rasa curiga mangsa yang membuat laporan polis," katanya
pada sidang media, di sini hari ini.
Siasatan
membawa polis ke tempat penginapan suspek dan kumpulannya di hotel
terbabit dan dalam serbuan itu polis merampas empat unit komputer riba,
enam telefon bimbit, 10 kad pengeluaran wang automatik, enam buku akaun
bank serta sebuah kereta jenis Kia Spectra, katanya.
"Pemeriksaan
ke atas kereta itu juga mendapati sebungkus dadah jneis syabu seberat
1.03 kilogram disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu," kata Mohan
Singh.
Katanya
siasatan awal mendapati suspek utama tiba di negara ini pada 20 April
lepas dan kesemua mereka yang berusia antara 29 dan 32 tahun itu ditahan
reman bagi membantu siasatan.
Mengulas
kes lain, Mohan Singh berkata polis hari ini menahan seorang lelaki
yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun di sekitar Cheras.
Suspek
yang berusia 22 tahun itu diberkas oleh polis peronda pada pukul 11.05
pagi ketika menaiki motosikal bersama seorang lagi lelaki yang Berjaya
meloloskan diri, di Taman Taynton View di sini.
Pasukan
peronda polis mencurigai tindak-tanduk lelaki itu yang pada mulanya
memberi alasan hendak bermain badminton bersama rakannya yang membonceng
motosikal itu.
"Menyedari
mereka dicurigai, pembonceng melompat daripada motosikal dan berjaya
meloloskan diri sementara penunggang terus ditahan bersama begnya dan
hasil pemeriksaan ke atas beg raket badminton itu polis menemukan
sebilah parang dan pisau," kata Mohan Singh.
Sumber : BERNAMA