Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Kerja Bukit Aman Terjejas Banjir Terus Mendapat Perhatian

Published: 07 Feb 2022 11.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 Februari 2022 – Warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang terjejas teruk dalam banjir tahun lalu terus mendapat perhatian apabila Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia hari ini menerima sumbangan baucer daripada Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-kerja-bukit-aman-terjejas-banjir-terus-mendapat-perhatian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:07 MYT

Kuala Lumpur, 7 Februari 2022 – Warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang terjejas teruk dalam banjir tahun lalu terus mendapat perhatian apabila Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia hari ini menerima sumbangan baucer daripada Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. dalam sebuah majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dan Pengerusi PERKEP JSJK, Datin Johariah Urib Mohd Ariffin.

Baucer yang bernilai RM200 setiap satu tersebut akan diagihkan kepada 210 warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang terlibat dalam bencana banjir tahun lalu bagi meringankan beban yang ditanggung mereka. Ia boleh ditukarkan dengan barang-barang keperluan di mana-mana cawangan Pasaraya Borong Sakan.

Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid bersama isteri, Puan Rohaya Harun dan Naib Pengerusi PERKEP JSJK selaku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd., Datin Rosmariza Dato’ Hj. Che Umar.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and headscarf

May be an image of 2 people, flower and indoor

May be an image of 5 people and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people sitting, indoor and text

ArticlePublished 07 Feb 2022 11.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM