Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Warga Kerja Bukit Aman Berhimpun Hayati Amanat Perdana Menteri Untuk Pertingkat Kualiti Kerja Cemerlangkan Perkhidmatan Awam

Published: 03 Jan 2025 2.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Perhimpunan pembuka tirai dalam tahun baharu di Bukit Aman tadi diketuai oleh Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Pengarah Pengurusan selaku pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid bersama hampir 500 pegawai, anggota polis serta pegawai awam Pasukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-kerja-bukit-aman-berhimpun-hayati-amanat-perdana-menteri-untuk-pertingkat-kualiti-kerja-cemerlangkan-perkhidmatan-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT
Kuala Lumpur, 3 Januari 2025 - Warga kerja Bukit Aman hari ini berkumpul dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara Bulan Januari 2025 bagi mendengar dan seterusnya menghayati Amanat Tahun Baharu 2025 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Theatrette dan Dewan Persatuan Keluarga Polis di Bukit Aman, di sini.

Perhimpunan pembuka tirai dalam tahun baharu di Bukit Aman tadi diketuai oleh Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Pengarah Pengurusan selaku pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid bersama hampir 500 pegawai, anggota polis serta pegawai awam Pasukan.

Menerusi amanat Dato' Seri Anwar tadi, beliau menyeru para penjawat awam untuk terus mencari kaedah baharu dalam meningkatkan lagi prestasi kerja dan tidak sekadar selesa untuk mencapai kecemerlangan dalam membangunkan negara, selain memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"MADANI menekankan soal nilai dan tatakelola yang baik, penjawat awam perlu melonjakkan ekonomi (negara) dan kecekapan perkhidmatan", ujar beliau dalam Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh Facebook Media Teknologi Aplikasi Radio Televisyen Malaysia dari Dewan De' Seri Endon PUSPANITAPURI dekat Putrajaya.

Tambah beliau lagi, tanpa komitmen jitu daripada para penjawat awam dasar Kerajaan MADANI yang diasaskannya tidak mungkin dapat terangkum dalam catatan sejarah kejayaan negara Malaysia yang sedikit sebanyak dapat dilihat pada masa kini.

Di akhir amanat tadi, beliau turut mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyatakan penghargaan kepada para penjawat awam kerana telah dapat mempertahankan prestasi yang membanggakan buat negara seiring dengan catatan pencapaian yang diperoleh di peringkat antarabangsa.

Yang turut hadir dalam perhimpunan di Bukit Aman tadi, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad serta Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan bersama barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM.

Jurugambar: JSJ D6

May be an image of text

May be an image of 3 people and text

May be an image of text

May be an image of 3 people

May be an image of 8 people, people studying and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, people studying and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of text


ArticlePublished 03 Jan 2025 2.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM