Article
Warga Asing Digempur Di Pulau Pinang 20150723
Seramai 197 warga asing di empat buah tapak pembinaan diperiksa oleh pihak polis daerah Timur Laut dalam Op Rantau yang dilakukan bersama Jabatan Imigresen dan...
Seramai 197 warga asing di empat buah tapak pembinaan diperiksa oleh pihak polis daerah Timur Laut dalam Op Rantau yang dilakukan bersama Jabatan Imigresen dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Ketua Polis Daerah, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, seramai 29 lelaki warga Bangladesh dan Myanmar ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.
Mereka yang ditahan masing-masing berumur dalam lingkungan 18 tahun sehingga 40-an bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963.
Sumber: Utusan Malaysia.