Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragaintsdrugs Posting Pilihan Sindiket Dadah Rentas Sempadan Tumpas Pdrm Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm16 Juta

Published: 04 Apr 2025 11.11 AM Updated: 15 Aug 2026 8.06 PM
Kuala Lumpur, 4 April 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan dengan merampas dadah jenis Methamphetamine bernilai lebih RM16 juta dalam serbuan di sekitar Selangor pada 27 Mac lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragaintsdrugs-posting-pilihan-sindiket-dadah-rentas-sempadan-tumpas-pdrm-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm16-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT
Kuala Lumpur, 4 April 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan dengan merampas dadah jenis Methamphetamine bernilai lebih RM16 juta dalam serbuan di sekitar Selangor pada 27 Mac lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, serbuan bermula dengan penahanan dua lelaki tempatan yang sedang memandu sebuah kenderaan di Subang Jaya pada 7.20 pagi.
"Hasil penahanan tersebut, polis menemukan enam guni berisi 150 bungkusan dadah jenis Methamphetamine seberat 156 kilogram (kg) di bahagian kerusi penumpang belakang dan bonet kereta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

DCP Mat Zani menambah, selepas itu, polis menyerbu sebuah rumah sewa jenis inap desa di kawasan sama yang digunakan untuk menyimpan dadah dan merampas 12 guni berisi 300 bungkusan dadah seberat 312kg.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

ArticlePublished 04 Apr 2025 11.11 AMUpdated 15 Aug 2026 8.06 PM