
Article
Waragaintsdrugs Posting Pilihan Bungkus Syabu Dalam Tin Makanan Hantar Ke Sabah Lima Ditahan Dadah Rm3 05 Juta Dirampas
Kuala Lumpur, 16 April 2026 - Bukit Aman melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang menyembunyikan Syabu dalam tin makanan dipercayai untuk pasaran Sabah, hasi...
Kuala Lumpur, 16 April 2026 - Bukit Aman melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang menyembunyikan Syabu dalam tin makanan dipercayai untuk pasaran Sabah, hasil tiga serbuan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, kelmarin.
Hasil serbuan, 61 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM3.05 juta dirampas, dengan lima ditahan termasuk seorang wanita warga asing.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, sindiket dikesan aktif sejak Mac lalu menggunakan, membungkus semula dadah ke dalam tin makanan sebelum dihantar ke Sabah menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Dalam serbuan pertama di Serdang Perdana di Selangor, polis merampas 48 tin berisi 30.4kg Syabu, manakala serbuan susulan di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil menemui 30.6kg dadah jenis sama.
"Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah adalah kesalahan serius di sisi undang-undang," katanya pada sidang media sini, hari ini.