Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragaintsdrugs Keratan Akhbar Pilihan Polis Gempur Kondominium Mewah Lubuk Sindiket Dadah

Diterbitkan: 25 Sep 2019 2.00 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 25 September 2019 - Polis menggempur sebuah kondominium mewah yang dijadikan 'lubuk' sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM450,000 di Jalan Kuchai Maju, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragaintsdrugs-keratan-akhbar-pilihan-polis-gempur-kondominium-mewah-lubuk-sindiket-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:49 MYT
Kuala Lumpur, 25 September 2019 - Polis menggempur sebuah kondominium mewah yang dijadikan 'lubuk' sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM450,000 di Jalan Kuchai Maju, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kegiatan tersebut terbongkar selepas penahanan lima individu termasuk dua wanita warga asing berusia antara 18 hingga 39 tahun, pada Sabtu lalu.

Katanya, dalam serbuat tersebut polis turut merampas serbuk Ekstasi seberat 3.9 kilogram (kg), Ketamin (580 gram), 30 pil Erimin 5, 31 batang rokok berisi ganja dan enam pil Ekstasi selain wang tunai berjumlah RM3,234.

Tambah beliau lagi hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan giat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak empat bulan lalu.

Ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan direman selama enam hari serta disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.

Sumber : Berita Harian
Image may contain: 5 people, text
ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2019 2.00 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM