Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragaintsdrugs Keratan Akhbar Pilihan 580 Zombi Dadah Dicekup Dalam Operasi Tiga Hari

Published: 28 Sep 2025 6.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Operasi khas bermula 22 September lalu itu turut memberkas remaja berusia 14 tahun yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragaintsdrugs-keratan-akhbar-pilihan-580-zombi-dadah-dicekup-dalam-operasi-tiga-hari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Shah Alam, 28 September 2025 - Hanya dalam masa tiga hari, seramai 580 ‘zombi' dadah diberkas pihak polis hasil serbuan di beberapa sarang penagih di seluruh negeri Selangor.

Operasi khas bermula 22 September lalu itu turut memberkas remaja berusia 14 tahun yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar berkata, antara lokasi panas menjadi tumpuan aktiviti itu antaranya di kawasan ladang, jeti dan projek perumahan rakyat.

Menurutnya, 450 serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor membabitkan tangkapan keseluruhannya seramai 580 individu termasuk 28 wanita yang turut ditahan berusia lingkungan 14 hingga 70 tahun.

“Dalam operasi itu, sebanyak 646.3 gram (g) dan 2,315.3 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM35,08I berjaya dirampas.

“Rampasan dadah melibatkan Heroin (193.58g), Ganja (232.48g), Ketamin (1g), Pilyaba (1.35g), pil Erimin 5 (4.98g), serbuk Ekstasi (65g) dan air ketum (2,315.3 liter),” katanya, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 5 people, slow loris and text
ArticlePublished 28 Sep 2025 6.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM