Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Video Pilihan Sindiket Dadah Abang 888 Tumpas Dadah Bernilai Rm1 44 Juta Dirampas

Published: 22 Nov 2021 9.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
#WarAgainstDrugs VIDEO PILIHAN: SINDIKET DADAH 'ABANG 888' TUMPAS, DADAH BERNILAI RM1.44 JUTA DIRAMPAS
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-video-pilihan-sindiket-dadah-abang-888-tumpas-dadah-bernilai-rm1-44-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:16 MYT
Melaka, 22 November 2021 - Polis Melaka menumpaskan sindiket pengedaran dadah 'Abang 888' dengan penahanan seorang lelaki warga Indonesia dan merampas 40 kilogram dadah disyaki Syabu bernilai RM1.44 juta dalam serbuan di sebuah inap desa di Pantai Puteri di sini pada 18 November lepas.

Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, lelaki berumur 39 tahun yang memasuki negara ini sejak tiga tahun lepas untuk bekerja sebagai buruh itu ditahan dalam sebuan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka kira-kira 8 malam.
Beliau berkata dadah berkenaan dibungkus menggunakan pembungkus teh bagi mengaburi pihak polis dan disimpan di dalam dua beg pakaian yang dibawa suspek ketika menginap di rumah berkenaan.

"Sindiket 'Abang 888' ini dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah rentas negeri dan daerah dengan menjadikan Melaka sebagai pusat transit sebelum dadah berkenaan dibawa keluar ke negara jiran menggunakan laluan air.

Beliau berkata ujian saringan urin yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan mendapati negatif dadah dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 November lepas bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA dan Astro Awani

Waragainstdrugs Video Pilihan Sindiket Dadah Abang 888 Tumpas Dadah Bernilai Rm1 44 Juta Dirampas
ArticlePublished 22 Nov 2021 9.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM