Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Video Pilihan Polis Lepas Tiga Tembakan Rampas Dadah Rm27 3 Juta

Published: 22 Jan 2022 11.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pasir Mas, 22 Januari 2022 – Polis Kelantan merampas Syabu, Ganja dan Pil Kuda dianggarkan bernilai lebih RM27.3 juta dalam kejadian di Kampung Padang Embun, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-video-pilihan-polis-lepas-tiga-tembakan-rampas-dadah-rm27-3-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT
Pasir Mas, 22 Januari 2022 – Polis Kelantan merampas Syabu, Ganja dan Pil Kuda dianggarkan bernilai lebih RM27.3 juta dalam kejadian di Kampung Padang Embun, di sini, semalam.

Jumlah itu membabitkan 300 kilogram (kg) Syabu bernilai RM10.8 juta, Ganja seberat 200 kg berjumlah RM500,000 dan 1.6 juta biji Pil Kuda dengan nilai harga RM16.6 juta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, anggota membuat rondaan sebelum terserempak dengan kereta Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan berhampiran lampu isyarat Kampung Lati, di sini.

"Anggota bertugas melepaskan tiga das tembakan yang mengenai bahagian belakang kenderaan berkenaan menyebabkan Toyota Hilux terbabit terbabas dan jatuh ke tali air berdekatan Jambatan Ibrahim Ali.

"Hasil pemeriksaan di dalam Toyota Hilux menemukan semua dadah terbabit yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang serta ruangan menyimpan barangan di belakang kenderaan," katanya dalam sidang media di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, di sini, hari ini.

Katanya, rampasan itu adalah kejayaan hasil kerjasama Batalion 9 Pasukan Gerakan Am bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kelantan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-lepas-tiga-tembakan...

Sumber: Harian Metro

Waragainstdrugs Video Pilihan Polis Lepas Tiga Tembakan Rampas Dadah Rm27 3 Juta
ArticlePublished 22 Jan 2022 11.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM