Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Sindiket Proses Dadah Dalam Bangsal Tumpas

Published: 27 Nov 2019 9.57 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Gombak, 27 November 2019 - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas serbuan ke atas sebuah bangsal yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah di kawasan penternakan lembu dan ikan Bukit Beruntung, Hulu Selangor semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-sindiket-proses-dadah-dalam-bangsal-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:03 MYT

Gombak, 27 November 2019 - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas serbuan ke atas sebuah bangsal yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah di kawasan penternakan lembu dan ikan Bukit Beruntung, Hulu Selangor semalam.

Operasi yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Selangor berjaya menahan 10 lelaki termasuk tiga orang warga Indonesia, India dan Myanmar dan seorang wanita warga tempatan yang berusia di antara 34 hingga 53 tahun.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata hasil serbuan itu, polis merampas dadah jenis Heroin dan Kaffein, masing-masing seberat 15.97 kilogram (kg) dan 28.8 kg, dengan nilai keseluruhan RM222,960.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Selangor

Image may contain: 3 people

Image may contain: 6 people

Image may contain: 4 people, people standing

Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: drink

No photo description available.

ArticlePublished 27 Nov 2019 9.57 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM