Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Sindiket Dadah Tumpas 9 Individu Ditahan

Published: 03 Sep 2019 11.20 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 3 September 2019 - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di ibu negara dengan penahanan sembilan lelaki warga tempatan dalam empat serbuan berasingan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-sindiket-dadah-tumpas-9-individu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:59 MYT

Kuala Lumpur, 3 September 2019 - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di ibu negara dengan penahanan sembilan lelaki warga tempatan dalam empat serbuan berasingan, semalam.

Timbalan Pengarah Narkotik (Operasi/Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Tuan Zulkifli Ali dalam satu kenyataan berkata, kesemua suspek telah ditahan di sekitar Lembah Klang dan berusia antara 18 hingga 44 tahun.

Operasi lebih tujuh jam bermula kira-kira 7.20 pagi itu, turut menemukan 136 ketulan dadah jenis Ganja seberat 133 kilogram yang dianggarkan bernilai RM270,000. Ketulan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.

Turut disita, enam buah kenderaan pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM673,300 berserta barang kemas.

Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Image may contain: food
ArticlePublished 03 Sep 2019 11.20 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM