
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Tokan Dadah Ditahan Bersama Dadah Lebih Rm2 Juta
Johor Bahru, 19 Februari 2023 - Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan bersama dadah bernilai lebih RM2 juta di sebuah rumah sewa di Kluang, Rabu lepas.
Johor Bahru, 19 Februari 2023 - Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan bersama dadah bernilai lebih RM2 juta di sebuah rumah sewa di Kluang, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada 1.30 tengah hari di rumah itu yang dipercayai dijadikan sebagai stor penyimpanan pelbagai jenis dadah.
“Modus operandi lelaki ini menjadikan rumah sewa itu sebagai stor sebelum dadah ini diedarkan kepada pengguna dan individu itu akan membungkus semula dadah dalam pelbagai jenis bungkusan kecil seperti bungkusan teh dan jus minuman bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Kami percaya lelaki itu sudah mula menjalankan kegiatan ini sejak November tahun lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Sumber: Polis Johor dan BERNAMA