
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Tiga Termasuk Pasangan Suami Isteri Ditahan Bawa Syabu Rm2 Juta
Tanjung Malim, 14 November 2024 - Tiga lelaki termasuk pasangan suami isteri ditahan bersama lebih 51 kilogram (kg) dadah di kawasan tempat letak kereta di Pus...
Tanjung Malim, 14 November 2024 - Tiga lelaki termasuk pasangan suami isteri ditahan bersama lebih 51 kilogram (kg) dadah di kawasan tempat letak kereta di Pusat Perniagaan Slim Perdana, Taman Sri Jaya, Slim River, di sini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, berkata pasangan suami isteri berusia 25 tahun dan rakannya 27 tahun dikatakan dalam perjalanan menghantar dadah jenis syabu bernilai RM2 juta dari utara Semenanjung ke Lembah Klang, Isnin lalu.
Beliau berkata, lelaki itu dilaporkan menerima upah RM100 bagi menemani pasangan suami isteri menghantar dadah itu.
Beliau berkata, dadah berkenaan ditemui dalam 50 bungkusan plastik mengandungi serbuk dan ketulan kristal diisi dalam beberapa beg pakaian yang terdapat dalam bonet belakang kenderaan yang disewa suspek terbabit.
Beliau berkata, serbuan ke atas tiga suspek jam 3.35 petang itu dijalankan sepasukan polis dari JSJN Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berpangkal daripada maklumat risikan dari JSJN IPK Perlis.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian