Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Sembilan Penjawat Awam Sebuah Agensi Penguat Kuasa Ditahan Jual Rampasan Dadah

Published: 15 Mar 2022 12.46 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2022 - Sembilan penjawat awam sebuah agensi penguat kuasa antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat pengedaran Syabu yang dianggarkan bernilai RM193,590.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-sembilan-penjawat-awam-sebuah-agensi-penguat-kuasa-ditahan-jual-rampasan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT

Kuala Lumpur, 15 Mac 2022 - Sembilan penjawat awam sebuah agensi penguat kuasa antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat pengedaran Syabu yang dianggarkan bernilai RM193,590.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sembilan penjawat awam itu ditahan di Putrajaya manakala seorang nelayan di Johor pada 6 Mac hingga 8 Mac lepas.

Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 33 hingga 49 tahun itu menggunakan modus operandi menjual semula 50 kilogram syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka untuk pengedar di utara Semenanjung.

“Sembilan penjawat awam berkenaan menjual semula dadah yang dirampas kepada sindiket yang bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia.

“Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak pertengahan Februari lepas,” katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2061970


May be an image of 2 people, people standing, outdoors and text

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people

May be an image of 1 person

ArticlePublished 15 Mar 2022 12.46 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM