Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Enam Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm7 8 Juta

Published: 20 Jul 2024 12.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, polis turut menahan enam lelaki berusia 26 hingga 50 tahun serta menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM530,806 melibatkan wang tunai, 27 barang kemas dan sembilan kenderaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-enam-lelaki-rampas-dadah-bernilai-rm7-8-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:45 MYT
Shah Alam, 20 Julai 2024 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembah Klang dengan merampas 49.5 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM7.8 juta dalam serbuan di sekitar Selangor, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, polis turut menahan enam lelaki berusia 26 hingga 50 tahun serta menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai RM530,806 melibatkan wang tunai, 27 barang kemas dan sembilan kenderaan.

Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun di depan pos pengawal pangsapuri di Telok Panglima Garang, Selangor sebelum menemukan 44 kg pil Ekstasi dan 3.55 kg pil Erimin 5 dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan pangsapuri berkenaan.

"Berdasarkan nombor lot parkir kereta dan dipandu arah suspek, polis menyerbu sebuah rumah di tingkat 17 pangsapuri berkenaan dan menemukan dadah Syabu dengan anggaran kasar 2 kg di dalam bilik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Susulan itu katanya, polis menahan lima lagi suspek di sekitar Selangor sekali gus melumpuhkan operasi sindiket berkenaan yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text


ArticlePublished 20 Jul 2024 12.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM