Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Pulau Pinang Tumpas Sindiket Edar Syabu Rampasan Lebih Rm6 Juta 20230402

Published: 02 Apr 2023 12.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
George Town, 31 Mac 2023 - Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 183.6 kilogram (kg) Syabu bernilai RM6.0588 juta, dalam siri serbuan di negeri ini dan Kuala Lumpur pada Rabu dan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-pulau-pinang-tumpas-sindiket-edar-syabu-rampasan-lebih-rm6-juta-20230402
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:52 MYT
George Town, 31 Mac 2023 - Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 183.6 kilogram (kg) Syabu bernilai RM6.0588 juta, dalam siri serbuan di negeri ini dan Kuala Lumpur pada Rabu dan semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri turut menahan enam lelaki termasuk lima warga asing dalam operasi terancang itu, melibatkan lima lokasi serbuan.

"Dalam serbuan pertama, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan di kawasan Auto City Juru dekat sini, dalam sebuah kereta jenis Honda CRV pada 6 petang Rabu dan pemeriksaan menemui lima bongkah plastik hitam mengandungi 178 bungkusan berisi syabu.

Semua dadah yang anggaran berat 183.6 kg itu bernilai RM6.0588 juta dan dipercayai syabu tersebut untuk dibawa ke negara jiran dengan menggunakan bot nelayan serta laluan laut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, polis menyerbu tiga lagi lokasi di sekitar Pulau Pinang dan menahan empat lelaki warga asing bekerja sebagai buruh binaan dan nelayan, serta turut merampas sebuah bot fiber bersama dua buah enjin yang bernilai RM380,000, di Kuala Sungai Juru, dekat sini.

Dato’ Mohd Shuhaily berkata, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 4 pagi semalam dan menahan seorang lelaki tempatan, selain merampas wang tunai RM500,000 serta menyita tujuh kenderaan mewah, antaranya Porsche Panamera dan Toyota Alphard.

"Berdasarkan siasatan, sindiket itu telah beroperasi sejak pertengahan tahun lepas dan mereka dipercayai membawa syabu yang dibungkus dalam bungkusan teh cina itu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang menggunakan jalan darat, sebelum dibawa ke negara jiran," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: PDRM Pulau Pinang dan BERNAMA

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'SIDANG ME JABATAN SIASATAN JENAKA JENA tvs'

May be an image of 4 people

May be an image of 6 people, people standing and text that says 'SIDANG MEDIA BATAN SIASATAN AYAH NAR'

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'JAB'

May be an image of 2 people, people standing, car and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of indoor

No photo description available.
ArticlePublished 02 Apr 2023 12.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM