Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Santuni Penduduk Kampung Salang

Published: 21 Oct 2023 6.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pengarah-jsjn-santuni-penduduk-kampung-salang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:12 MYT
Rompin, 21 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din hadir menyantuni penduduk Kampung Salang dalam program “Community Policing” dekat Pulau Tioman semalam.

Program ini bertujuan memberi pendedahan bahawa pentingnya kerjasama polis dan masyarakat dalam membanteras penyalahgunaan dadah di samping dapat meningkatkan rasa selamat penduduk kampung dengan kehadiran pihak berkuasa di kawasan mereka.

Pelbagai aktiviti telah diaturkan bersama penduduk kampung antaranya edaran risalah berkaitan informasi jenayah narkotik, lawatan ke Pondok Polis Kampung Salang, menunaikan solat fardhu Jumaat dan bermain sukan bola tampar pantai.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis JSJN, Datin Sri Johariah Urib Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Pahang, ACP Muhammed Rizal Kamarudin dan Ketua JSJN Pahang, Superintendan Azmi Awang Lah.

ArticlePublished 21 Oct 2023 6.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM