Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Seminar Kebangsaan Penyalahgunaan Bahan Prevent 2022

Published: 29 Jun 2022 12.58 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 29 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Seminar Kebangsaan Penyalahgunaan Bahan (PREVENT 2022) di Hotel Bangi Resort, Bangi, Selangor, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pengarah-jsjn-hadir-seminar-kebangsaan-penyalahgunaan-bahan-prevent-2022
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT
Kajang, 29 Jun 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Seminar Kebangsaan Penyalahgunaan Bahan (PREVENT 2022) di Hotel Bangi Resort, Bangi, Selangor, hari ini.

Seminar yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Kaunselor Penyalahgunaan Dadah (MADAC) serta Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Haji Noor Azmi Ghazali.

Seramai 260 orang peserta dari pelbagai agensi diberi pendedahan tentang pentingnya kesedaran komuniti mengenai bahaya ancaman dadah terhadap masyarakat dari pelbagai aspek.

Hadir sama Felo Kehormat Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia, USIM, Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin dan Ketua Sektor Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan dan Keganasan dan Penyalahgunaan Substans, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Nurashikin Ibrahim.

ArticlePublished 29 Jun 2022 12.58 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM