Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Adakan Kunjungan Hormat Ke Mnpd Amerika Syarikat
Tennessee, 1 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan mengadakan kunjungan hormat ke Metropolitan Nashvil...
Tennessee, 1 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan mengadakan kunjungan hormat ke Metropolitan Nashville Police Department (MNPD), Tennessee, United States of America pada 29 Ogos lalu.
Ketibaan Dato' Hussein yang telah disambut oleh Assistant Chiefs Police, Mr. Dwanye Greene bersama tiga orang Pegawai Kanan Polis MNPD. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama erat di antara JSJN bersama agensi penguatkuasaan antarabangsa, khususnya dalam menangani jenayah dadah serta jenayah rentas sempadan.
Dalam sesi kunjungan tersebut juga, Dato' Hussein dibawa mendengar taklimat berkaitan kadar jenayah narkotik semasa di bandar Nashville sebelum berkunjung ke Pusat Kawalan MNPD yang dilengkap teknologi tinggi menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) dalam penugasan harian bagi kawalan dan pemantauan keselamatan di seluruh bandar.