Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pdrm Tumpas 2 Sindiket Rampas Pelbagai Jenis Dadah Bernilai Rm21 Juta

Published: 19 Feb 2026 11.46 PM Updated: 15 Aug 2026 6.45 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata dalam Ops Tapis pada 12 Feb lepas, JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam menahan dua lelaki dan seorang wanita masing-masing warga Indonesia berusia antara 26 hingga 53 tahun di sekitar Sekinchan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pdrm-tumpas-2-sindiket-rampas-pelbagai-jenis-dadah-bernilai-rm21-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:16 MYT
Shah Alam, 19 Februari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dalam operasi berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan nilai rampasan keseluruhan RM21 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata dalam Ops Tapis pada 12 Feb lepas, JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam menahan dua lelaki dan seorang wanita masing-masing warga Indonesia berusia antara 26 hingga 53 tahun di sekitar Sekinchan.

“Serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Sungai Leman, Sekinchan, membawa kepada penahanan tiga suspek serta rampasan 11.36 gram methamphetamine dengan dua daripada suspek didapati positif Methamphetamine.

“Serbuan kedua ke atas sebuah bot tanpa nombor di jeti ikan Sekinchan dan merampas 158.6 kilogram (kg) Methamphetamine, 10.89 kg Ekstasi dan 2,000 kartrij berisi MDMA seberat lima kg, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM12.6 juta,” katanya dalam sidang media di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.bernama.com/bm/news.php/news.php?id=2525503

ArticlePublished 19 Feb 2026 11.46 PMUpdated 15 Aug 2026 6.45 PM