Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pdrm Perkukuh Kolaborasi Strategik Bersama Skmm Syarikat Kurier Dan E Dagang

Published: 02 Nov 2023 3.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 2 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuhkan kolaborasi strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat-syarikat kurier dan e-dagang dalam satu perjumpaan dekat Dewan Theatrette, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pdrm-perkukuh-kolaborasi-strategik-bersama-skmm-syarikat-kurier-dan-e-dagang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:36 MYT
Kuala Lumpur, 2 November 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuhkan kolaborasi strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), syarikat-syarikat kurier dan e-dagang dalam satu perjumpaan dekat Dewan Theatrette, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini semalam.

Perjumpaan yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din itu antaranya membincangkan mengenai masalah pengedaran dan penyeludupan dadah terutamanya melalui sistem perkhidmatan kurier oleh sindiket dadah, selain mekanisme terbaik bagi mengatasi isu tersebut.

Dalam perjumpaan yang sama, Dato' Sri Mohd Kamarudin turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil syarikat kurier atas kerjasama yang diberikan kepada JSJN selama ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SKMM, Dato’ Shafie Harun, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Zainuddin Ahmad, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) JSJN Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, SAC Zaharudin Rasip dan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

ArticlePublished 02 Nov 2023 3.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM