Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Op Tapis Khas 2 Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm10 Juta Pengarah Jsjn

Published: 28 Feb 2022 1.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 28 Februari 2022 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10.3 juta dalam operasi, Op Tapis Khas Siri 2 di 125 kawasan penempatan rancangan Felda dan 222 kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-op-tapis-khas-2-polis-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm10-juta-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:24 MYT
Kuala Lumpur, 28 Februari 2022 - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10.3 juta dalam operasi, Op Tapis Khas Siri 2 di 125 kawasan penempatan rancangan Felda dan 222 kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam operasi selama tiga hari mulai Rabu lepas itu, polis turut menahan 3,668 orang termasuk 116 rakyat asing berusia antara 14 hingga 60 tahun, kata

"Seorang penuntut institut pengajian tinggi awam selain enam pelajar sekolah menengah antara yang ditahan kerana memiliki bekalan dadah dan positif ujian saringan awal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata antara dadah yang dirampas dalam operasi itu adalah Heroin seberat 5.79 kilogram (kg), Syabu (279.16 kg), Ketamin (29.8kg), Ganja (1.03kg), pil Erimin 5 (1.5kg), pil Yaba (1.68kg), Ekstasi (545.70 gram), serbuk Ekstasi (71.20 gram), daun ketum (455.5kg), pil Psikotropik (204.24gm), air ketum 269.05 liter, satu batang pokok Ganja dan 14.55 liter ubat batuk.

"Tangkapan itu turut melibatkan 572 pengedar dadah, 1,850 penagih dan 185 orang yang dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah," katanya.
Beliau berkata mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun 1952 serta ADB Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sumber: Polis KL dan BERNAMA

May be an image of 3 people

May be an image of 4 people, people standing and military uniform

May be an image of 9 people, people standing and military uniform

May be an image of 1 person

May be an image of indoor

May be an image of indoor

May be an image of 6 people, people standing and military uniform

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people

May be an image of 4 peoplev

May be an image of 5 people and indoor
ArticlePublished 28 Feb 2022 1.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM