Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Jsjn Perkukuh Kerjasama Antara Malaysia Dan Filipina Dalam Memerangi Dadah

Diterbitkan: 20 Nov 2025 1.08 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.53 PM
Manila, 20 November 2025 – Delegasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Philippine Drug Enforcement Agency (PDEA) bagi memperkukuh kerjasama operasi dan penyiasatan dalam memerangi dadah rentas sempadan antara Malaysia dan Filipina.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-jsjn-perkukuh-kerjasama-antara-malaysia-dan-filipina-dalam-memerangi-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:04 MYT
Manila, 20 November 2025 – Delegasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Philippine Drug Enforcement Agency (PDEA) bagi memperkukuh kerjasama operasi dan penyiasatan dalam memerangi dadah rentas sempadan antara Malaysia dan Filipina.

Lawatan kerja selama dua hari bermula 18 hingga 19 November itu membincangkan isu penyeludupan dadah rentas negara, perkongsian risikan dan potensi perluasan kerjasama operasi serta penyiasatan.

Dato' Hussein berpeluang menyampaikan amanat kepada para pelatih PDEA dan melawat ke Philippines National Police Academy bagi meninjau modul latihan serta membincangkan kerjasama pembangunan kapasiti pegawai.

Hasil lawatan kerja yang diadakan, kedua-dua pihak telah menandatangani "Agreed Minutes of Discussion" yang memeterai dua persetujuan utama iaitu pelantikan "Focus Point" sebagai penghubung terus antara JSJN dan PDEA serta penganjuran Mesyuarat Dua Hala secara tahunan secara bergilir antara kedua-dua negara.

ArtikelDiterbitkan 20 Nov 2025 1.08 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.53 PM