Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Cuba Sogok Polis Rm10 Ribu Supaya Bebas Rakan

Published: 05 Aug 2021 2.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2021 - Seorang lelaki ditahan kerana cuba memberi sogokan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada pegawai dan anggota polis supaya membebaskan rakannya yang ditahan seIepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-cuba-sogok-polis-rm10-ribu-supaya-bebas-rakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2021 - Seorang lelaki ditahan kerana cuba memberi sogokan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada pegawai dan anggota polis supaya membebaskan rakannya yang ditahan seIepas disyaki terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Tuan Beh Eng Lai berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul diketuai Inspektor Chee Seong Khoon menahan dua lelaki berusia 30-an di hadapan sebuah hotel di Jinjang di sini, jam 3.45 petang.

Bagaimanapun. Tuan Beh berkata, pada jam 7.45 malam, seorang lelaki tempatan yang juga kenalan seorang daripada suspek cuba menawarkan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada Chee dan Detektif Sarjan Mohd Kharulniza Mat Kasim sebagai sogokan untuk membebaskan rakannya.

Beliau berkata, suspek diberi amaran supaya berhenti daripada meneruskan niat dan tindakannya namun tidak diendahkan.

"Suspek terus ditangkap atas kesalahan menawarkan suapan kepada pegawai polis. Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000.

"Tangkapan dan barang kes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tuan Beh berkata, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak sesekali cuba memberikan rasuah atau sogokan kepada anggota polis yang menjalankan tugas.

"Sebarang tindakan sedemikian boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009)," katanya.

Dalam pada itu, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek, polis merampas 10 peket plastik berisi bahan disyaki dadah Methamphetamine seberat 130.50 gram bernilai RM13,000.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Cuba sogok polis RM10k supaya bebas rakan Kuala Lumpur: Seorang buah hote Jinjang sini, suapan kepada pegaw
ArticlePublished 05 Aug 2021 2.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM