Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Usah Kunjungi Kelab Malam Di Golok Bimbang Vape Campur Dadah

Published: 07 Nov 2024 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kelantan mengingatkan anak muda supaya tidak mengunjungi kelab malam di Golok, Thailand kerana dibimbangi minuman atau cecair vape yang disediakan bercampur dengan dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-usah-kunjungi-kelab-malam-di-golok-bimbang-vape-campur-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:30 MYT
Kota Bharu, 7 November 2024 - Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kelantan mengingatkan anak muda supaya tidak mengunjungi kelab malam di Golok, Thailand kerana dibimbangi minuman atau cecair vape yang disediakan bercampur dengan dadah.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku apabila mereka berada di lokasi sedemikian.

Pada masa sama, ia juga mendedahkan anak muda secara tidak langsung untuk terjebak dengan dadah, sedangkan sebelum ini mereka tidak terbabit dengan kegiatan itu.

“Kami bimbang dadah itu dimasukkan dalam minuman, makanan dan cecair vape mereka semasa berhibur di sana. la bertujuan untuk mereka lebih ‘high’ (khayal) ketika berhibur di kelab malam.

“Daripada anak-anak muda kita tidak terbabit dadah, kita risau mereka jadi penagih selepas dicampur dalam minuman semasa berhibur,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of 9 people and text
ArticlePublished 07 Nov 2024 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM