Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Umur 13 Tahun Sudah Jadi Pengedar Dadah

Diterbitkan: 05 Nov 2023 3.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Shah Alam, 5 November 2023 - Seramai 2,142 individu berusia bawah 18 tahun ditahan berkaitan pengedaran, memiliki dan penyalahgunaan dadah sepanjang Januari sehingga September lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-umur-13-tahun-sudah-jadi-pengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:29 MYT
 
Shah Alam, 5 November 2023 - Seramai 2,142 individu berusia bawah 18 tahun ditahan berkaitan pengedaran, memiliki dan penyalahgunaan dadah sepanjang Januari sehingga September lalu.

Lebih membimbangkan, tangkapan turut membabitkan remaja seawal usia 13 tahun yang aktif mengedar dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, semua tangkapan dilakukan atas kesalahan membekal dan memiliki dadah selain positif saringan ujian air kencing.

“Statistik menunjukkan 19 suspek berusia 13 tahun ditahan atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah manakala tujuh lagi positif saringan air kencing.

“Selain itu, 255 remaja berusia antara 14 hingga 18 tahun ditangkap kerana kesalahan mengedar, memiliki (835) dan 1,033 positif dadah," katanya kepada Sinar Ahad.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

 
ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2023 3.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM