Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Tiga Sahabat Dalangi Sindiket Bungkus Edar Ganja Ditahan
Kuala Lumpur, 6 Julai 2024 - Polis menahan tiga sahabat karib dipercayai mendalangi sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melal...
Kuala Lumpur, 6 Julai 2024 - Polis menahan tiga sahabat karib dipercayai mendalangi sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melalui aplikasi Telegram selepas merampas ganja seberat 24.3 kilogram (kg).
Beliau berkata, sindiket yang beroperasi sejak empat bulan lalu itu menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengedar dadah di sekitar Lembah Klang tanpa perlu bersemuka selepas mengumpul pesanan pelanggan melalui Telegram.
380 ketulan ganja katanya, hasil soal siasat ke atas semua suspek membawa pihak polis ke sebuah premis di Wisma Cosway dan merampas dadah jenis ganja berbentuk 380 ketulan mampat seberat 23.322kg.
“Sebuah kotak polisterin warna putih berisi satu plastik lutsinar berisi leraian dedaun kering seberat 0.414kg dan tiga plastik lutsinar berisi bunga ganja dengan keseluruhan nilai seberat 0.65kg turut dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, semalam.