Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Tiga Sahabat Dalangi Sindiket Bungkus Edar Ganja Ditahan

Published: 06 Jul 2024 5.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Julai 2024 - Polis menahan tiga sahabat karib dipercayai mendalangi sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melalui aplikasi Telegram selepas merampas ganja seberat 24.3 kilogram (kg).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-tiga-sahabat-dalangi-sindiket-bungkus-edar-ganja-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:30 MYT
Kuala Lumpur, 6 Julai 2024 - Polis menahan tiga sahabat karib dipercayai mendalangi sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melalui aplikasi Telegram selepas merampas ganja seberat 24.3 kilogram (kg).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun itu ditahan dalam dua serbuan antara 2.20 petang hingga 5.50 petang di kawasan Publika dan sekitar kawasan Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan di sini.

Beliau berkata, sindiket yang beroperasi sejak empat bulan lalu itu menggunakan perkhidmatan kurier untuk mengedar dadah di sekitar Lembah Klang tanpa perlu bersemuka selepas mengumpul pesanan pelanggan melalui Telegram.
380 ketulan ganja katanya, hasil soal siasat ke atas semua suspek membawa pihak polis ke sebuah premis di Wisma Cosway dan merampas dadah jenis ganja berbentuk 380 ketulan mampat seberat 23.322kg.

“Sebuah kotak polisterin warna putih berisi satu plastik lutsinar berisi leraian dedaun kering seberat 0.414kg dan tiga plastik lutsinar berisi bunga ganja dengan keseluruhan nilai seberat 0.65kg turut dirampas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArticlePublished 06 Jul 2024 5.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM