
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Tiga Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah
Petaling Jaya, 12 April 2026 - Tiga rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand di wilayah Khon Kaen kelmarin selepas disyaki menjadi keldai dadah untuk si...
Petaling Jaya, 12 April 2026 - Tiga rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand di wilayah Khon Kaen kelmarin selepas disyaki menjadi keldai dadah untuk sindiket antarabangsa.
Dalam operasi itu, polis Thailand turut merampas kira-kira 97 kilogram (kg) Methamphetamine jenis kristal yang ditemukan di dalam tren yang sedang dalam perjalanan dari Nong Khai ke Terminal Pusat Krung Thep Aphiwat, Bangkok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, maklumat lengkap berhubung penahanan tersebut telah disalurkan melalui Sekretariat Nukleus Narkotik di sempadan negara.
"Mereka diupah sindiket dadah antarabangsa untuk membawa dadah dari Laos ke Thailand menggunakan laluan kereta api dengan bayaran 60,000 Thai Bath (RM7,424).
"Kita juga sedang menyiasat kaitannya dengan sindiket Malaysia," katanya kepada Kosmo! Ahad.