Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syarikat Landskap Proses Jual Air Ketum Diserbu

Published: 09 Oct 2024 2.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sungai Buloh, 9 Oktober 2024 - Kegiatan pemilik syarikat landskap kebun bunga bersama sekumpulan pekerjanya berselindung di sebalik premis itu bagi memproses dan menjual air ketum sejak 2021, terbongkar apabila diserbu polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-syarikat-landskap-proses-jual-air-ketum-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:12 MYT
Sungai Buloh, 9 Oktober 2024 - Kegiatan pemilik syarikat landskap kebun bunga bersama sekumpulan pekerjanya berselindung di sebalik premis itu bagi memproses dan menjual air ketum sejak 2021, terbongkar apabila diserbu polis.

Bagi mengelak perbuatan mereka disedari pihak berkuasa, urusan pembelian menggunakan wang tunai sahaja dan tidak dibenarkan melalui dalam talian atau QR.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, ada dalam kalangan pembeli turut menyamar sebagai pemandu ehailing, selain ada yang menggunakan khidmat penghantar untuk membeli air ketum dari situ.

Beliau berkata, kegiatan itu terbongkar dalam serbuan jam 12.05 tengah hari pada 3 Oktober lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor hasil risikan selama dua bulan terhadap dua rumah di Kampung Melayu Sungai Buloh.

“Dalam serbuan itu merampas 1,100 botol anggaran isi padu 550,000 milimeter serta 41 karton rokok seludup.

“Suspek berusia 21 hingga 42 tahun termasuk pemilik syarikat landskap itu antara ditahan bersama tiga pekerjanya terdiri seorang warga tempatan dan dua warga asing,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 09 Oct 2024 2.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM