Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu Rm3 2 Juta Ditemukan Dalam 5 Bungkusan Plastik

Published: 23 Feb 2024 6.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sejumlah 98.3 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta ditemukan dalam lima bungkusan plastik ‘misteri’ hitam yang dibiarkan di laluan keselamatan PB19 Padang Besar, di sini, awal pagi Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-syabu-rm3-2-juta-ditemukan-dalam-5-bungkusan-plastik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT
Padang Besar, 23 Februari 2024 - Sejumlah 98.3 kilogram (kg) dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta ditemukan dalam lima bungkusan plastik ‘misteri’ hitam yang dibiarkan di laluan keselamatan PB19 Padang Besar, di sini, awal pagi Isnin lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika sepasukan polis terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor, Perak, sedang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di laluan keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah, berkata pasukan itu menjumpai lima bungkusan plastik terbabit dibiarkan di kawasan berkenaan sebelum hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa guni berwarna putih di dalamnya.

“Pemeriksaan lanjut terhadap guni itu membawa kepada penemuan 93 peket teh Cina berwarna kuning yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis Syabu seberat 98.3kg.

“Terdahulu, anggota PGA bertugas telah membuat pemantauan serta pemerhatian selama tiga jam di laluan itu dan mendapati tiada sebarang pergerakan individu menghampiri plastik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Padang Besar: Sejumlah 98.3 syabu dianggarkar Syabu RM3.2j ditemukan dalam 5 bungkusan plastik kawasan berkenaan sebelum
ArticlePublished 23 Feb 2024 6.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM