
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Suspek Utama Miliki 23 Rekod Jenayah
Ipoh, 15 Oktober 2024 - Lima lelaki ditahan bersama rampasan dadah bernilai lebih RM700,000 selepas polis menyerbu sebuah rumah sewa di Chui Chak, Langkap deka...
Ipoh, 15 Oktober 2024 - Lima lelaki ditahan bersama rampasan dadah bernilai lebih RM700,000 selepas polis menyerbu sebuah rumah sewa di Chui Chak, Langkap dekat Teluk Intan, Khamis lalu.
Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris berkata, pemeriksaan ke atas rumah itu menjumpai bungkusan plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki Syabu atau Methamphetamine seberat 21.86 kilogram (kg), selain Heroin dan Methamphetamine masing-masing seberat 4.21 gram (g) dan 3.12g dalam empat paket plastik lutsinar.
Katanya, serbuan jam 8 malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak selepas intipan dijalankan selama 10 minit.
Beliau berkata, semua suspek warga tempatan berumur 30 hingga 47 tahun itu turut didapati positif dadah Methamphetamine dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah serta dadah termasuk suspek utama berusia 47 tahun yang mempunyai 23 rekod lampau.
“Rumah sewa itu dipercayai digunakan sebagai tempat operasi sindiket pengedaran dadah dan siasatan lanjut dijalankan berhubung dari mana bekalan dadah diperoleh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.