Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Stok Dadah Di Lembah Klang Pulau Pinang Lumpuh

Diterbitkan: 26 Aug 2021 6.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 26 Ogos 2021 – Beberapa lokasi ‘panas’ yang sebelum ini menjadi lubuk penyalahgunaan dadah dipercayai terputus bekalan ekoran kejayaan operasi polis merampas 17,000 kilogram dadah bernilai RM764 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-stok-dadah-di-lembah-klang-pulau-pinang-lumpuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:48 MYT
Petaling Jaya, 26 Ogos 2021 – Beberapa lokasi ‘panas’ yang sebelum ini menjadi lubuk penyalahgunaan dadah dipercayai terputus bekalan ekoran kejayaan operasi polis merampas 17,000 kilogram dadah bernilai RM764 juta dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN), CP Dato’ Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, pemeriksaan dan risikan pihaknya mendapati penagih di lokasi seperti di Jalan Chow Kit di sini sukar mendapatkan bahan terlarang itu.

Malah, pihaknya juga mendapati perkara yang sama turut berlaku di Pulau Pinang yang selama ini menjadi transit bagi sindiket menempatkan bahan terlarang itu yang diseludup masuk dari negara jiran sebelum diedar ke beberapa negeri lain untuk pasaran tempatan.

"Kita mendapati Chow Kit yang selama ini menjadi lokasi panas aktiviti dadah telah terputus bekalan semenjak beberapa hari lalu.

"Ini terbukti dengan tindakan agresif pegawai dan anggota JSJN di setiap kontinjen dan daerah dengan rampasan pelbagai jenis dadah seberat 16,981 kilogram dan 6,524 liter bernilai RM764 juta sejak awal Januari hingga 12 Ogos lalu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text that says 'Stok dadah Lembah Klang, Pulau Pinang dilumpuh Stok dadah Lembah Klang, P.Pinang dilumpuh NURAINA HANIS per
ArtikelDiterbitkan 26 Aug 2021 6.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM