Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sorok Dadah Dalam Kaki Meja

Diterbitkan: 21 Oct 2023 3.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sorok-dadah-dalam-kaki-meja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2023 - Dua jurukimpal ditahan ketika serbuan ke atas gudang dipercayai menjadi lokasi simpanan dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM6.9 juta di Shah Alam pada Khamis.

Kedua suspek warga tempatan berumur 42 dan 50 tahun itu dipertanggungjawabkan untuk melakukan kerja kimpalan pada beberapa kaki meja bagi mengisi kesemua dadah seberat 208 kilogram itu.

Mereka dipercayai menerima upah sekitar RM50,000 bagi setiap tugasan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Selangor.

“Risikan dijalankan selama sebulan mendapati gudang yang terletak di kawasan perindustrian Sri Muda itu dijadikan lokasi simpanan sementara dadah itu sebelum diedarkan.

“Dua lelaki tempatan diberkas dan 200 bungkusan dadah jenis Syabu yang disorok dalam batang besi dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2023 3.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM