
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sorok Dadah Dalam Kaki Meja
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2023 - Dua jurukimpal ditahan ketika serbuan ke atas gudang dipercayai menjadi lokasi simpanan dadah jenis Syabu dianggarkan bernilai RM6.9 juta di Shah Alam pada Khamis.
Mereka dipercayai menerima upah sekitar RM50,000 bagi setiap tugasan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Selangor.
“Risikan dijalankan selama sebulan mendapati gudang yang terletak di kawasan perindustrian Sri Muda itu dijadikan lokasi simpanan sementara dadah itu sebelum diedarkan.
“Dua lelaki tempatan diberkas dan 200 bungkusan dadah jenis Syabu yang disorok dalam batang besi dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.