Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Umpan Percutian Dan Gaji Lumayan Di Luar Negara Perdaya Jadi Keldai Dadah

Published: 27 Apr 2026 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 27 April 2026 - Tawaran percutian percuma, kerja bergaji lumayan dan jawatan menarik di luar negara menjadi umpan sindiket untuk memperdayakan individu menjadi ‘keldai dadah'.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-umpan-percutian-dan-gaji-lumayan-di-luar-negara-perdaya-jadi-keldai-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:33 MYT
 
Kuala Lumpur, 27 April 2026 - Tawaran percutian percuma, kerja bergaji lumayan dan jawatan menarik di luar negara menjadi umpan sindiket untuk memperdayakan individu menjadi ‘keldai dadah'.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, sindiket akan merekrut individu untuk dijadikan ‘keldai dadah' melalui media sosial dan aplikasi komunikasi.

Beliau berkata, individu terbabit diumpan dengan dijanjikan pakej percutian percuma, tiket dan penginapan ditaja serta peluang pekerjaan sah seperti pengurus hotel atau ejen pemasaran dengan gaji lumayan dalam masa singkat.

"Mangsa dijanjikan upah antara RM1,000 hingga RM10,000 termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman.

"Terdapat juga yang dijadikan kurier kononnya untuk membawa dokumen atau barangan peribadi apabila manipulasi bermula sebaik sahaja mangsa bersetuju membawa bungkusan tertentu yang sebenarnya mengandungi dadah," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'SINDIKET REKRUT KELDAI DADAH MELALUI MEDIA SOSIAL UMPAN CUTI PERCUMA Seramai 191 warg rgal Malaysia ysia ditahan di dilu


May be an image of ‎text that says '‎Lumpur awaran Oleh Muhaamad Hafis UMPAN PERCUTIAN, GAJI LUMAYAN DI LUAR NEGARA mhafis@hmetro.com.my Rekrut, percut

May be an image of text
ArticlePublished 27 Apr 2026 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM