
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Umpan Percutian Dan Gaji Lumayan Di Luar Negara Perdaya Jadi Keldai Dadah
Kuala Lumpur, 27 April 2026 - Tawaran percutian percuma, kerja bergaji lumayan dan jawatan menarik di luar negara menjadi umpan sindiket untuk memperdayakan in...
Kuala Lumpur, 27 April 2026 - Tawaran percutian percuma, kerja bergaji lumayan dan jawatan menarik di luar negara menjadi umpan sindiket untuk memperdayakan individu menjadi ‘keldai dadah'.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, sindiket akan merekrut individu untuk dijadikan ‘keldai dadah' melalui media sosial dan aplikasi komunikasi.
Beliau berkata, individu terbabit diumpan dengan dijanjikan pakej percutian percuma, tiket dan penginapan ditaja serta peluang pekerjaan sah seperti pengurus hotel atau ejen pemasaran dengan gaji lumayan dalam masa singkat.
"Mangsa dijanjikan upah antara RM1,000 hingga RM10,000 termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman.
"Mangsa dijanjikan upah antara RM1,000 hingga RM10,000 termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman.
"Terdapat juga yang dijadikan kurier kononnya untuk membawa dokumen atau barangan peribadi apabila manipulasi bermula sebaik sahaja mangsa bersetuju membawa bungkusan tertentu yang sebenarnya mengandungi dadah," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro.