Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Proses Edar Dadah Antarabangsa Tumpas

Diterbitkan: 18 Sep 2021 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket yang dipercayai baru sebulan beroperasi itu tumpas hasil serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (1PK) Johor bermula jam 1.45 tengah hari hingga 11 malam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-proses-edar-dadah-antarabangsa-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:26 MYT
Johor Bahru, 18 September 2021 - Polis menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah antarabangsa selepas menahan 10 individu termasuk dua wanita dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar daerah Johor Bahru dan Iskandar Puteri, Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sindiket yang dipercayai baru sebulan beroperasi itu tumpas hasil serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (1PK) Johor bermula jam 1.45 tengah hari hingga 11 malam.

Katanya, dalam serbuan terbabit, polis berjaya merampas dadah bernilai RM1.03 juta selain bahan kimia, peralatan dan mesin memproses bagi menghasilkan dadah, serta menyita empat kereta termasuk tiga unit barang emas.

Beliau berkata, polis menjalankan risikan selama dua bulan terhadap sindiket ini yang modus operandi mereka menyewa kediaman di kawasan berpagar dan dikawal pengawal keselamatan bagi mengelak kegiatan mereka dihidu polis.

"Jumlah dadah yang dirampas ialah 25.2 kilogram (kg) Heroin dan 14 kg serbuk Ecstasy. Dadah ini dianggarkan boleh digunakan seramai 172,666 penagih.

"Hasil siasatan mendapati, sindiket ini turut mengedarkan dadah untuk pasaran Indonesia dan Singapura," katanya pada sidang media di IPK Johor, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Sindiket proses, edar dadah antarabangsa tumpas 10 individu ditahan dalam serbuan selepas risikan selama du
ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2021 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM