Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Pengedaran Dadah Tumpas Pelbagai Jenis Dadah Dirampas

Published: 11 Sep 2025 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Bintulu, 11 September 2025 - Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis menyerbu dua buah rumah dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM479,506 di Jalan Lilin, Sibu pada 3 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-pengedaran-dadah-tumpas-pelbagai-jenis-dadah-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
 
Bintulu, 11 September 2025 - Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis menyerbu dua buah rumah dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM479,506 di Jalan Lilin, Sibu pada 3 September lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu, seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 48 dan 33 tahun ditahan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 100 biji pil disyaki Ekstasi seberat 219.20 gram (g).
“Susulan serbuan pertama, polis menyerbu sebuah rumah di Lorong Ulu Sungai Merah, Sibu dan merampas pelbagai jenis dadah disyaki MDMA seberat 14.3 kilogram (kg), Eramin 5 seberat 126.84g dan Ketamin seberat 149.70g.

“Dalam serbuan itu, lelaki tempatan berusia 34 tahun dan wanita berusia 27 tahun turut ditahan. Pemeriksaan lanjut menemui dadah disyaki Syabu seberat 2.16kg dipercayai untuk edaran sekitar kawasan Sibu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'Tempah dadah melalui WeChat, hantar guna bas BENTULU sindiker semnalam. beliau, મ્રાર ar serbbuan

ArticlePublished 11 Sep 2025 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM