Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Jus Dadah Jual Di Parti Pusat Hiburan Tumpas

Published: 20 Jan 2024 1.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis menumpaskan sindiket mencampurkan lima jenis dadah dalam jus minuman sebelum dijual kepada pengunjung pusat hiburan dan parti persendirian di sekitar Lembah Klang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-jus-dadah-jual-di-parti-pusat-hiburan-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT

 

Kuala Lumpur, 20 Januari 2024 - Polis menumpaskan sindiket mencampurkan lima jenis dadah dalam jus minuman sebelum dijual kepada pengunjung pusat hiburan dan parti persendirian di sekitar Lembah Klang.

Kegiatan itu terbongkar menerusi lima serbuan dan tangkapan di sekitar Cheras dan Kajang pada Selasa serta Rabu lalu, termasuk di dua kondominium mewah yang dipercayai menjadi tempat memproses dan menyimpan dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, berkata enam suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 40 tahun serta dalang utama sindiket berusia 39 tahun ditahan dalam serbuan itu.

Katanya, polis merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM448,850 membabitkan 55.44 liter jus disyaki dadah, 1.68 kilogram (kg) serbuk Methylenedioxy-Methamphetamine (MDMA), 144 gram (g) Ketamin, 16g Ganja, lima kg serbuk Ekstasi, 550 pil Erimin 5 serta 2,900 biji pil Ekstasi.

“Sindiket dipercayai terbabit dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah di pusat hiburan serta penganjur parti persendirian di sekitar Lembah Klang.

“Bekalan dadah disimpan di dua kondominium dan diproses menjadi serbuk yang kemudian dicampur ke dalam jus minuman mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran

May be an image of 4 people and text that says 'Sindiket 'jus dadah' jual di parti, pusat hiburan tumpas pan sekitar Cheras dan Kajang Sindiket d
ArticlePublished 20 Jan 2024 1.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM