Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Jadikan Ekstasi Seperti Serbuk Koko Tumpas

Published: 05 Feb 2024 3.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik baharu dengan menjadikan serbuk Ekstasi seakan serbuk koko ditumpaskan polis dalam dua serbuan, Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-jadikan-ekstasi-seperti-serbuk-koko-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
Johor Bahru, 5 Februari 2024 - Satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik baharu dengan menjadikan serbuk Ekstasi seakan serbuk koko ditumpaskan polis dalam dua serbuan, Isnin lalu.

Selain itu, sindiket terbabit turut membungkus semula dadah ke dalam paket minuman berperisa sebagai satu daripada cara bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkata, dalam dua serbuan di dua rumah sewa sekitar Iskandar Puteri antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi, 29 Januari lalu, lima lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 31 tahun ditahan.

Beliau berkata, pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta turut dirampas.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan rumah yang disewa sebagai stor penyimpanan serta pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan sama ada kegunaan peribadi atau ke pusat-pusat hiburan.

“Kegiatan sindiket ini sudah aktif beroperasi sejak Julai 2023,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'Sindiket jadikan ekstasi seperti serbuk koko tumpas Pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM1.81 juta dirampa
ArticlePublished 05 Feb 2024 3.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM