Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Guna 1 001 Helah Elak Kantoi

Published: 20 Jul 2026 2.27 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Alor Setar, 20 Julai 2026 - Sindiket jenayah rentas sempadan di Kedah dikesan semakin licik apabila mengubah taktik operasi dengan bergerak dalam kumpulan kecil, menggunakan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp dan Telegram serta menukar laluan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-guna-1-001-helah-elak-kantoi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Alor Setar, 20 Julai 2026 - Sindiket jenayah rentas sempadan di Kedah dikesan semakin licik apabila mengubah taktik operasi dengan bergerak dalam kumpulan kecil, menggunakan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp dan Telegram serta menukar laluan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kedah, CP Dato' Adzli Abu Shah berkata, hasil pemantauan pihaknya, mendapati kegiatan jenayah rentas sempadan masih menjadi antara ancaman utama di kawasan sempadan Kedah-Thailand.

"Aktiviti penyeludupan kini semakin tersusun daripada operasi fizikal berskala besar kepada operasi berskala kecil dengan penggunaan teknologi komunikasi yang lebih canggih serta taktik mengelak pengesanan pihak berkuasa.

"Sindiket juga dilihat lebih fleksibel dengan menukar laluan dan kaedah operasi mengikut tahap kawalan keselamatan di sesuatu kawasan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, antara modus operandi yang dikenal pasti adalah penggunaan lori kecil, pacuan empat roda (4X4) dan kereta mewah yang diubah suai dengan tangki minyak serta ruangan tersembunyi secara profesional bagi menyembunyikan barangan seludup.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
See less
ArticlePublished 20 Jul 2026 2.27 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM