Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Dadah Didalangi Wanita Thailand Tumpas

Published: 24 Aug 2023 2.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023 - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi seorang wanita warga Thailand dalam serbuan berasingan sekitar ibu negara, Jumaat lalu dan merampas Syabu dianggarkan bernilai lebih RM500,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-edar-dadah-didalangi-wanita-thailand-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:32 MYT
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023 - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi seorang wanita warga Thailand dalam serbuan berasingan sekitar ibu negara, Jumaat lalu dan merampas Syabu dianggarkan bernilai lebih RM500,000.

Tiga siri serbuan dijalankan bermula pada jam 7 malam hingga 9.15 malam dan pada serbuan pertama, polis menahan tiga suspek di tepi jalan Taman Permata, Cheras.

Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua warga Thailand, termasuk seorang wanita berusia antara 23 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, menerusi serbuan kedua di tempat letak kereta di Solaris Dutamas, polis menemui 15 bungkus dadah jenis Syabu yang disimpan dalam sebuah kereta Nissan Sentra.

“Dadah yang ditemui itu dianggarkan seberat 15 kilogram (kg) dengan nilai pasaran dianggarkan RM520,000 dan mampu menampung penggunaan seramai 30,000 pengguna dadah.

“Hasil soal siasat ke atas tiga suspek, membawa kepada penahanan seorang wanita warga Thailand berusia 30 tahun di lobi sebuah residensi di Taman Kobena, Cheras,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Dato’ Allaudeen, siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif mengedar Syabu sekitar ibu kota sejak dua bulan lalu dan modus operandi dengan menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diserahkan kepada pembeli.

Turut ditangkap adalah perancang utama bagi sindiket ini iaitu seorang perempuan warga Thailand berusia 30 tahun.

Keempat-empat suspek direman tujuh hari sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

May be an image of 1 person and text that says 'Antara yabu ang dirampas dalam pada Ogos serbuan sekitar Kuala Lumpur Sindiket edar dadah didalangi wanita
ArticlePublished 24 Aug 2023 2.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM