Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Dadah Bernilai Lebih Rm650 000 Tumpas

Diterbitkan: 31 Jan 2024 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Melaka, 31 Januari 2024 - Sindiket pengedaran dadah termasuk Ketamin dan pil Ekstasi tumpas selepas polis menyerbu sebuah kediaman di Taman Saga Malim, dekat sini, hujung minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-edar-dadah-bernilai-lebih-rm650-000-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:36 MYT
Melaka, 31 Januari 2024 - Sindiket pengedaran dadah termasuk Ketamin dan pil Ekstasi tumpas selepas polis menyerbu sebuah kediaman di Taman Saga Malim, dekat sini, hujung minggu lalu.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada jam 8.15 malam hasil maklumat awam dan risikan selama sebulan.
Timbalan Ketua Polis negeri, SAC Md Nazri Zawawi berkata, keseluruhan rampasan dadah dan harta disita dianggarkan bernilai RM689.516.
Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand berusia 25 hingga 27 tahun dalam rumah berkenaan yang disyaki dijadikan tempat membungkus dadah untuk pasaran di negeri ini.
Katanya, ketika ditahan ketiga-tiga suspek sedang leka membungkus dadah dan hasil pemeriksaan polis merampas pelbagai jenis dadah dalam bentuk cecair, serbuk dan pil dianggarkan bernilai RM650,369 berserta sepucuk pistol.
SAC Md Nazri berkata, ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari bermula kelmarin hingga 4 Februari depan bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 31 Jan 2024 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM