Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Edar Dadah Antarabangsa Tumpas

Diterbitkan: 02 Aug 2025 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Muar, 2 Ogos 2025 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan jalan laut susulan penahanan 10 suspek termasuk suami isteri dan merampas 61.3 kilogram (kg) Methampethamine dan 51.3 gram (g) Pil Ekstasi bernilai RM2 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-edar-dadah-antarabangsa-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:52 MYT
Muar, 2 Ogos 2025 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menggunakan jalan laut susulan penahanan 10 suspek termasuk suami isteri dan merampas 61.3 kilogram (kg) Methampethamine dan 51.3 gram (g) Pil Ekstasi bernilai RM2 juta.

Tangkapan dilakukan antara jam 2 hingga 5 petang pada 21 Julai lalu hasil empat serbuan di Muar dan Batu Pahat, di sini, selain Cheras di Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato’ Hussein Omar Khan, berkata sindiket itu dikesan mula aktif sejak Oktober lalu dengan menjadikan rumah teres sebagai lokasi penyimpanan dadah, sebelum dipasarkan ke pasaran antarabangsa melalui laluan laut menggunakan bot.

Beliau berkata, kegiatan terbongkar selepas polis menahan kereta mewah di Parit Pulai di Parit Jawa, Muar dan menahan seorang lelaki selepas pemeriksaan menemukan 51 bungkusan plastik hijau, biru dan merah disyaki Methamphetamine dianggar seberat 51kg.

“Serbuan susulan dilakukan di rumah dan sekitar Parit Pulai, dekat sini sebelum suami isteri ditahan. Lima lagi suspek termasuk seorang warga asing ditahan di Parit Bakar, Muar.

“Selain itu, seorang lagi ditahan di Batu Pahat dipercayai ketua sindiket, manakala suspek terakhir ditahan di rumah di Cheras. Hasil pemeriksaan menemui 17 paket plastik mengandungi Methamphetamine seberat 10kg dan 105 Pil Ekstasi dianggar seberat 51 gram,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 7 people, slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2025 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM