Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Tumpas Lima Ditahan

Published: 01 Apr 2024 7.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila menahan lima lelaki dalam serbuan Op Taring Bravo di sebuah rumah di Kampung Jambu, Jalan Panji di sini, pada Rabu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-tumpas-lima-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:54 MYT
Kota Bharu, 1 April 2024 – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila menahan lima lelaki dalam serbuan Op Taring Bravo di sebuah rumah di Kampung Jambu, Jalan Panji di sini, pada Rabu lalu.

Serbuan dilakukan Wildlife Crime Bureau (WCB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, jam 7.40 malam.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, lima lelaki berusia 30 hingga 56 tahun terbabit ditahan hasil risikan dan mereka didapati bergiat menyeludup beras dari negara jiran ke negara ini.

“Bagaimanapun, hasil serbuan menemukan pelbagai jenis dadah antaranya lima kilogram (kg) Ganja, 17,200 biji disyaki pil kuda, 18 liter disyaki air ketum dan dua liter disyaki ubat batuk.

“Selain itu polis merampas pistol jenis STI Champion dan SW MOD 100, satu kelopak bersama lima butir peluru hidup, 42 butir peluru hidup, 50 kampit beras seberat lima kg, sebuah Toyota Hilux serta lima telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan RM273,815.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 7 people and text
ArticlePublished 01 Apr 2024 7.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM