Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Tukar Selera Edar Bunga Ganja Susulan Permintaan Tinggi

Diterbitkan: 01 Jun 2025 3.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.00 PM
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, bunga ganja lebih sukar diperoleh di negara ini berbanding ganja. “Berdasarkan siasatan, bunga ganja boleh didapati melalui laman sosial dan platform e-dagang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-sindiket-dadah-tukar-selera-edar-bunga-ganja-susulan-permintaan-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT
Kuala Lumpur, 1 Jun 2025 - Sindiket dadah kini dikesan cenderung mengedar bunga ganja iaitu bahagian kuntum bunga kanabis susulan permintaannya yang tinggi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, bunga ganja lebih sukar diperoleh di negara ini berbanding ganja.

“Berdasarkan siasatan, bunga ganja boleh didapati melalui laman sosial dan platform e-dagang.

“Sindiket dipercayai mengimport benih ganja dan menanam pokok ganja menggunakan teknologi canggih sebelum hasil bunga ganja dijual secara eksklusif kepada pelanggan tertentu,” katanya kepada Metro Ahad.

DCP Mat Zani berkata, bunga ganja terbukti jauh lebih mahal berbanding ganja biasa di pasaran gelap bagi tempoh 2023 hingga tahun ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

Mungkin imej teks
ArtikelDiterbitkan 01 Jun 2025 3.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.00 PM