
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Sindiket Dadah Tukar Selera Edar Bunga Ganja Susulan Permintaan Tinggi
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, bunga ganja lebih sukar diperoleh di negara ini berbanding...
Kuala Lumpur, 1 Jun 2025 - Sindiket dadah kini dikesan cenderung mengedar bunga ganja iaitu bahagian kuntum bunga kanabis susulan permintaannya yang tinggi.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, bunga ganja lebih sukar diperoleh di negara ini berbanding ganja.
“Berdasarkan siasatan, bunga ganja boleh didapati melalui laman sosial dan platform e-dagang.
“Sindiket dipercayai mengimport benih ganja dan menanam pokok ganja menggunakan teknologi canggih sebelum hasil bunga ganja dijual secara eksklusif kepada pelanggan tertentu,” katanya kepada Metro Ahad.
DCP Mat Zani berkata, bunga ganja terbukti jauh lebih mahal berbanding ganja biasa di pasaran gelap bagi tempoh 2023 hingga tahun ini.